Tuesday, February 02, 2010
Menjadi guru bererti bertemu dan membimbing pelajar. Di situlah tersisipnya keseronokan dan kepuasan sebagai seorang guru. Hari ini sempatku bertemu dan berbual dengan dua orang pelajar dari aliran Sains Tulen yang mengimpikan bidang perubatan di peringkat pengajian tinggi nanti. Wow! Sama macam impianku dulu-dulu (yang tidak kesampaian).
Bagus impian tu. Namun ini hakikatnya; hanya pelajar dengan pointer 4.0 (biasanya) yang mempunyai masa depan cerah untuk ke jurusan perubatan atau senang cerita untuk menjadi seorang doktor. Oleh itu, nasihatku kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah luar bandar yang masih menggenggam impian tersebut:
Bagus impian tu. Namun ini hakikatnya; hanya pelajar dengan pointer 4.0 (biasanya) yang mempunyai masa depan cerah untuk ke jurusan perubatan atau senang cerita untuk menjadi seorang doktor. Oleh itu, nasihatku kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah luar bandar yang masih menggenggam impian tersebut:
- Gunakan masa cuti selepas PMR untuk membaca buku-buku tingkatan 4 sebagai persediaan awal.
- Baca topik yang akan dipelajari sebelum topik tersebut diajar di dalam kelas oleh guru.
- Dengar penerangan guru dengan teliti. Fahami konsep yang dipelajari sedalam yang mungkin.
- Bila habis kelas, baca semula topik tersebut (ulangkaji).
- Buat nota panjang, sederhana, pendek dan sebagainya mengikut kesesuaian anda.
- Buat latihan, cabar diri dengan soalan-soalan yang mudah, sederhana, susah dan mencabar.
- Banyak merujuk dari pelbagai buku atau sumber.
- Tanya jika ada kemusykilan dengan segera. Jangan simpan masalah, ia akan bertimbun dan akhirnya tidak diselesaikan.
- Jadikan pelajar-pelajar di sekolah cemerlang sebagai saingan kerana di sekolah anda, andalah yang terbaik. Jadi rakan sekelas anda bukan saingan anda.
- Jadikan rakan sekelas anda sebagai rakan-rakan yang patut anda bantu untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi mereka. Justeru anda perlu cuba menjadi the best untuk membantu mereka. Ambil peluang untuk membantu rakan anda; berkongsi kefahaman anda dengan mereka, terangkan kepada mereka apa yang anda faham. Usah kedekut ilmu. Lagi banyak anda berkongsi ilmu lagi mantap ilmu terdebut dalam diri anda.
- Bersedia untuk membuat banyak hafalan.
- Sedia untuk berdikari dalam banyak hal. Jangan tunggu spoonfeed dari cikgu semata-mata.
- Berusaha dengan rajin, tekun, bersungguh-sungguh.
- Fokus kepada sasaran/target dan abaikan sampah sarap (perkara yang tidak penting dan tiada kaitan dengan anda) yang banyak bertebaran di sekeliling anda.
- Urus hidup, masa, study dan masalah anda dengan bijak.
- Bersedia untuk mencipta 10A flat (SPM) sebelum mensasarkan 4 flat. Jika anda mampu, bererti anda akan mampu mencapai 4 flat, seterusnya impan anda untuk masuk ke bidang kedoktoran semakin menjadi nyata.
A dream becomes a goal when action is taken toward its achievement.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)