Wednesday, December 16, 2009
Untuk program NILAM (Nilai Amalan Membaca) , pengiktirafan tahap Jauhari bagi sekolah menengah diberi mengikut kategori seperti berikut:
Gangsa - bagi rekod bacaan antara 72-143 buah buku
Perak - bagi rekod bacaan antara 144-215 buah buku
Emas - bagi rekod bacaan antara 216-287 buah buku
Mencatatkan rekod bacaan di buku catatan Nilam adalah penting untuk memudahkan penilaian dijalankan oleh Guru Nilam. Hanya pelajar yang sampai ke tahap NILAM sahaja akan dinilai untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah. Pelajar yang mencapai tahap NILAM akan dinilai juga aspek lain seperti akademik, ko-kurikulum dan syahsiah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan NILAM daerah. Jumlah penyertaan tidak dihadkan. Jika ramai yang layak, maka ramailah yang akan mewakili sekolah. Oleh itu peluang terbuka kepada sesiapa sahaja.
Cubalah!

NILAM - bagi rekod bacaan 288 buah buku ke atas

Usah pandang ringan sesuatu yang kecil kerana mungkin ia bermakna suatu hari nanti.
Tuesday, December 15, 2009
Kini sudah banyak template percuma yang cantik dan segar boleh diperolehi di internet untuk menjadi layout blog anda. Walau bagaimanapun adakalanya dengan menggunakan template yang diimport dari luar daripada template yang disediakan menimbulkan masalah. Antaranya masalah komen tak boleh masuk ke posting atau entri.
Jika anda menghadapi masalah sedemikian, maka mungkin anda boleh mengambil langkah ini untuk mengatasi masalah tersebut.
1. Pergi ke Dashboard blog anda.
2. Pilih Setting.
3. Pilih Comments.
4. Di Comment Form Placement, pilih full page atau pop-up window. Jangan pilih Embedded below post.
5. Jangan lupa Save Setting.
6. Keluar atau Sign Out dan uji dengan memberi komen ke blog anda menggunakan username yang berlainan daripada yang anda gunakan untuk blog tersebut untuk memastikan blog anda dapat menerima komen pembaca.
Kini sudah tentu banyak template yang mesra dengan blog anda. Selamat mencuba.

Pilih FULL PAGE atau POP-UP WINDOW di 'Comment Form Placement' lebih selamat untuk membolehkan komen-komen masuk dengan jayanya bagi sebarang template yang diimport.
Saturday, December 12, 2009
Bersama Cik Suhaili (Juruteknik Komputer) selaku Fasilitator.
Antara yang setia hingga ke akhir bengkel.
Menerima sumbangsih daripada wakil peserta bengkel, Puan Tusiah
Cik Suhaili juga menerima buah tangan daripada para peserta bengkel.
Para peserta (pelajar-pelajar dewasaku) itu begitu ingin tahu dan begitu tekun mempelajari sesuatu yang ditunjukkan. Aku sangat kagum dengan mereka. Sesungguhnya usia bukan penghalang untuk belajar, berusaha apatahlagi berjaya. Hanya hati sahaja yang mahu atau tidak. Ibarat kata pepatah; di mana ada kemahuan maka di situ ada jalan. Pintu akan terbuka di saat kemahuan berada di puncaknya. Maka satu demi satu tersingkaplah rahsia internet (gmail + blogging) yang selama ini menjadi persoalan dalam fikiran mereka. Bukanlah semua aku tahu, bukan juga dapat kuajarkan semua yang aku tahu, namun sekurang-kurangnya dapatku berkongsi secebis ilmu dengan mereka yang memerlukannya. Terasa seronok dan puas dengan perkongsian ini.
Seorang peserta berkata, "Makin nak habis belajar makin banyak lagi nak tahu."
Lagi ada yang kata, "Terima kasih ajar kami. Lepas belajar ni, terasa terbuka fikiran ini. Luas rasanya dunia ini."
Bermacam lagi yang tak mampu kutulis di sini.
Jauh dari itu, aku juga dapat belajar sesuatu dari setiap peserta. Setiap mereka adalah bermakna untukku. Aku amat menghargainya. Biarpun bengkel ini sudah berakhir namun aku bersedia menerima apa juga kemusykilan mereka berkaitan apa yang telah kuajarkan selepas ini. Tanyalah. Jika dapat kujawab, aku akan menjawabnya. Jika tidak, aku minta tangguh untuk study terlebih dahulu, atau terpaksa berkata ilmuku tidak sampai ke situ. Prinsipku mudah; akan membantu jika aku mampu, jika tidak mampu, aku mohon maaf banyak-banyak.
Akhir kata, aku mohon ampun dan maaf kepada semua peserta bengkel Komputer-Internet 2009 jika apa yang kuajarkan tidak memenuhi citarasa, atau ada kata-kataku yang menyinggung hati kalian, terkasar bahasa, tidak sempurna tunjuk ajar dan sebagainya. Sesungguhnya aku insan biasa yang jauh dari sempurna. Hanya Tuhan yang bersifat Maha Sempurna. Apapun aku sangat gembira dapat bertemu kalian dalam satu pertemuan ilmu yang paling manis dan paling indah dalam sejarah kerjayaku sebagai seorang Guru Media.
Kejayaan bukan milik sesiapa melainkan milik mereka yang mahu, berusaha dan konsisten.
Apabila hati tersentuh, bererti sesuatu itu telah berkesan di sanubari.
Friday, December 11, 2009
Anugerah Peserta Inovatif - Puan Faziha Talib
Anugerah Peserta Dedikasi - Puan Saizah Abd. Rahman
Anugerah Peserta Murah Hati - Encik Othman Marin
Anugerah Peserta Kreatif - Puan Robiah Achir
Anugerah Junior Inspirasi - Cik Noraini Mohd. Arifin
Anugerah Senior Inspirasi - Puan Tusiah Rukiman
Anugerah Kerajinan - Puan Salwah Abdullah dan Puan Rohaizah Ali.
Dan semua peserta menerima Anugerah Sijil Penyertaan!
Anugerah terbesar ialah apabila setiap orang mampu membuat peningkatan kendiri.
Thursday, December 10, 2009
Bengkel ini memberi kesempatan kepada para guru dan staf yang masih perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Aplikasi Internet. Antara perkara yang dipelajari ialah berkaitan aplikasi Gmail dan blogging. Diselitkan juga siri sisipan untuk Power Point dan cara menyalin CD serta cara membuat salinan video dari youtube ke PC. Bengkel diadakan setiap Selasa dan Sabtu bermula pada 24 November 2009 hingga 12 Disember 2009 iaitu selama enam kali. Aku dibantu oleh Cik Suhaili yang bertindak selaku fasilitator. Peserta-peserta terdiri daripada para guru dan staf bukan guru yang membawa jumlah keseluruhan melebihi 20 orang. Aku kagum dengan mereka kerana kebanyakan peserta memberi komitmen yang tinggi dalam bengkel tersebut. Aku sendiri merasa puas dapat berkongsi secebis pengetahuan dengan mereka yang bukan sekadar senior bahkan junior juga. Semoga semua pihak meemperolehi manfaatnya.
Tiada had umur untuk berusaha, hanya keinginan (mahu/tidak) sahaja yang membataskan usaha.
Aku melangkah masuk ke Perpustakaan sebagai tenaga kerja baru sebaik saja dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sumber sekitar pertengahan 2003.
Kudapati suasananya agak suram. Buku-buku lamanya juga berwajah usang dan muram walaupun ada juga koleksi baru. Selepas jam 9.30 pagi pasti bahang haba mulai dirasakan dan semakin membakar kulit menjelang tengahari hingga petang. Setiap hari bekerja di situ dari pagi ibarat berada dalam sebuah oven pembakar kuih. Panasnya bersangatan. Kasihan para pelajar. Bagaimanalah mereka dapat belajar di tempat yang sebegini bahang sedangkan aku yang bekerjapun terpaksa bertahan. Walau bagaimanapun semua fail dalam keadaan baik dan tersusun. Hanya ada sebuah komputer lama di Perpustakaan yang digunakan untuk sistem automasi perpustakaan. Itupun sebagai back-up data sahaja, bukan menjalankan operasi secara terus.
Dalam cahaya yang agak malap (kerana tidak cukup pencahayaan), kucapai buku di situ satu persatu. Buku adalah antara yang aku sukai dalam hidupku. Justeru aku bersyukur dapat bertugas di perpustakaan. Namun buku-buku di situ kelihatan seperti lesu, selesu semangatku untuk membacanya. Namun aku bersimpati. Aku berlalu dengan hati yang terbuku. Tanpa jawapan tentang apa yang harus aku lakukan. Rasa bersalah pun ada jika aku tidak melakukan sesuatu.
Masa berlalu dan aku sempat menghadiri kursus mengenai Pusat Sumber. Aku sempat melihat dan bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekursus. Lalu pada akhir 2004, sewaktu cuti sekolah akhir tahun yang agak panjang, aku bersama kumpulan pelajar-pelajar yang sedia membantu menghabiskan masa di perpustakaan setiap hari untuk mengemaskini buku-buku di perpustakaan. Antara yang kami lakukan ialah memasukkan sistem automasi perpustakaan yang beroperasi secara berkomputer. Ini termasuklah membarkodkan semua bahan buku dan kad pengguna. Data bahan dan pengguna juga disimpan secara digital selain daripada manual. Terdapat lebih daripada 25,000 buah buah kesemuanya untuk dibarkod. Pelajar-pelajarku begitu bersemangat sekali membantu walaupun terpaksa mengorbankan masa cuti.
Sistem automasi lama ditambahbaik dengan menggantikannya dengan satu sistem automasi yang boleh beroperasi secara langsung dengan bahan buku dan pengguna. Sistem barkod dijadikan ikonnya. Di situlah bermulanya episod era baru Pusat Sumber sekolahku.

Make things happen, don't wait for things to happen. Buatlah sesuatu , jangan hanya menanti sesuatu berlaku.
Pertengahan tahun 2003, aku mula dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah oleh Tuan Pengetua ketika itu iaitu En. Hasnan Jaffar. Perlantikanku waktu itu menggantikan En. Syukri yang bertukar ke Pusat Matrikulasi sebagai Pensyarah.
Aku agak meragui perlantikanku. Mungkin Pengetua tersalah pilih kerana aku bukanlah orang yang berlatarbelakangkan Sains Perpustakaan ataupun apa-apa yang berkaitan dengan ICT. Pengetahuanku di bidang teknologi sangat terhad dan boleh dikatakan baru hendak bermula mengenali dunia itu. Begitu juga dengan pengurusan Pusat Sumber yang sudah tentu merujuk kepada perpustakaan sebagai unit induknya. Satu apapun aku tak tahu. Kiranya aku masuk ke bidang ini secara redah sahaja.
Sebelum perlantikanku, seingatku, aku telah dihantar kursus untuk aplikasi yang mudah mengenai Power Point. Selepas itu aku masuk satu pertandingan Power Point dan berjaya mendapat tempat kedua. Tidak lama selepas itu aku dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.
Itu sahaja kronologi ringkas langkahku bermula dalam bidang pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Nampaknya ringkas tetapi besar maknanya dan di situlah cabaran sebenar bermula dalam kerjayaku.

Sesuatu yang kecil mungkin memberi makna yang besar.
Terdapat pelbagai cara bagaimana seseorang boleh menyalin atau memuat turun sesuatu video dari Youtube ke komputer. Salah satu caranya ialah melalui savevid.com.
1. Masuk ke Youtube dan pilih video.
2. Copy (Salin) alamat URL video berkenaan.
3. Buka tab/window baru dan masukkan http://savevid.com
4. Paste (Masukkan) URL video ke ruangan URL di savevid dan klik download.
5. Klik download FLV. Tunggu sehingga selesai proses memuat turun.
6. Video tersedia di desktop.
7. Tukar tajuk video.
8. Simpan dalam partition (bahagian) yang anda kehendaki.
9. Buka bila dikehendaki.
Selamat mencuba.

Salinlah video yang bermanfaat, mudah-mudahan ia memberi kebaikan.
Wednesday, December 09, 2009
Melalui bengkel blogging yang singkat ini, aku tidak fikir sempat mengajar peserta bengkel untuk mengubah layout dengan aplikasi yang lebih rumit melainkan semuanya yang basic sahaja. Namun, jangkaanku meleset apabila terdapat seorang peserta (bukan junior tapi senior) yang begitu bersemangat dan tekun sekali mengolah blognya sehingga mampu mengubah layout blognya menjadi lebih menarik.
Beliau ialah Puan Tusiah. Semalam dia hadir bersama blognya yang telah diubah menjadi lebih cantik dengan pilihan free template dari cahayabiru. Katanya anaknya yang membantunya. Tak kisahlah, apapun caranya. Yang penting dia ada inisiatif untuk menambahbaik lagi blog yang baru dipelajari dan dibinanya itu.
Sebelum ini aku menggunakan free template dari thecutestblogontheblock.com atau pyzam.com atau createblog.com. Selalunya anak-anaklah yang menjadi teman berkongsi eksplore. Kini bertambah satu lagi ekslporasiku di cahayabiru.com. Aku berterimakasih kepada Puan Tusiah dan anaknya yang memberiku maklumat mengenainya. Di samping mengajar, banyak juga yang boleh dipelajari daripada peserta-peserta bengkel yang sedang belajar. Sekurang-kurangnya mereka mencetuskan sesuatu untuk difikirkan.
Sekembalinya aku ke rumah, aku mencubanya pula. Not bad. Ada yang aku berkenan dan paparan blog inilah hasilnya. Namun, satu yang aku tak puas hati.... selagi belum berjumpa cara bagaimana untuk menambah gadjet dalam profile/panel kanan, selagi itu aku cari jawapannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Tuesday, December 08, 2009
Pada awalnya aku agak terpinga-pinga ketika dilantik sebagai Guru Media sekolahku pada 1 Februari 2004. Ini kerana ia merupakan satu jawatan baru dan belum ada panduan yang jelas mengenainya waktu itu.
Namun kuteruskan tugas-tugasku seperti biasa, sedaya upayaku, setakat yang aku tahu dan mampu lakukan. Oleh kerana tugas ini suatu yang baru, justeru guru media seperti akulah yang harus menguak sendiri bidang ini. Kusedari tugas ini semakin berat. Dalam persimpangan, kuteruskan jua melangkah.

Lihatlah peluang, bukan halangan.
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)