Thursday, December 10, 2009

Dilantik Sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

Pertengahan tahun 2003, aku mula dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah oleh Tuan Pengetua ketika itu iaitu En. Hasnan Jaffar. Perlantikanku waktu itu menggantikan En. Syukri yang bertukar ke Pusat Matrikulasi sebagai Pensyarah.

Aku agak meragui perlantikanku. Mungkin Pengetua tersalah pilih kerana aku bukanlah orang yang berlatarbelakangkan Sains Perpustakaan ataupun apa-apa yang berkaitan dengan ICT. Pengetahuanku di bidang teknologi sangat terhad dan boleh dikatakan baru hendak bermula mengenali dunia itu. Begitu juga dengan pengurusan Pusat Sumber yang sudah tentu merujuk kepada perpustakaan sebagai unit induknya. Satu apapun aku tak tahu. Kiranya aku masuk ke bidang ini secara redah sahaja.

Sebelum perlantikanku, seingatku, aku telah dihantar kursus untuk aplikasi yang mudah mengenai Power Point. Selepas itu aku masuk satu pertandingan Power Point dan berjaya mendapat tempat kedua. Tidak lama selepas itu aku dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.

Itu sahaja kronologi ringkas langkahku bermula dalam bidang pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Nampaknya ringkas tetapi besar maknanya dan di situlah cabaran sebenar bermula dalam kerjayaku.

Sesuatu yang kecil mungkin memberi makna yang besar.

0 comments:

Post a Comment