Thursday, December 10, 2009

Bengkel Komputer-Internet Untuk Guru dan Staf



Bengkel ini memberi kesempatan kepada para guru dan staf yang masih perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Aplikasi Internet. Antara perkara yang dipelajari ialah berkaitan aplikasi Gmail dan blogging. Diselitkan juga siri sisipan untuk Power Point dan cara menyalin CD serta cara membuat salinan video dari youtube ke PC. Bengkel diadakan setiap Selasa dan Sabtu bermula pada 24 November 2009 hingga 12 Disember 2009 iaitu selama enam kali. Aku dibantu oleh Cik Suhaili yang bertindak selaku fasilitator. Peserta-peserta terdiri daripada para guru dan staf bukan guru yang membawa jumlah keseluruhan melebihi 20 orang. Aku kagum dengan mereka kerana kebanyakan peserta memberi komitmen yang tinggi dalam bengkel tersebut. Aku sendiri merasa puas dapat berkongsi secebis pengetahuan dengan mereka yang bukan sekadar senior bahkan junior juga. Semoga semua pihak meemperolehi manfaatnya.

Tiada had umur untuk berusaha, hanya keinginan (mahu/tidak) sahaja yang membataskan usaha.

0 comments:

Post a Comment