Monday, October 11, 2010
Encik Azizul Rahman Abdul Rahman merupakan Guru Cemerlang dan pakar bahasa Melayu JUSA C yang menamatkan perkhidmatannya dengan persaraan wajib pasa 28 September 2010 pada usia 58 tahun.
Alhamdulillah, saya berpeluang menyediakan persembahan multimedia ini untuknya sempena majlis persaraan beliau. Walau bagaimanapun agak terkilan kerana terpaksa memotong dua slot atas sebab teknikal. Tugasan ini amat penting dan bermakna buat saya namun saya terpaksa berhadapan dengan masalah workstation meragam lagi tiga hari persembahan ini akan dipamerkan. Keadaan menjadi sedikit kelam kabut dan saya sendiri agak panik dengan apa yang berlaku. juruteknik komputer pula masih belum ada pengganti setelah Cik Suhaili berpindah ke Bukit Aman. Cik Suhaili merupakan seorang technician yang bagus dan senang dirunding. Mujurlah ada Encik Afizal MY (Penyelaras Bestari) dan Encik Afizal yang sudi menghulurkan bantuan. Tanpa mereka mungkin kerja saya terus tergendala.
Setelah workstation dapat dibaiki, saya 'on'kan 3 hari 3 malam tanpa tutup sehingga kerja-kerja terakhir disiapkan. Hasilnya mungkin kurang memuaskan (bagi saya). Waktu yang suntuk, bahan yang tidak mencukupi, masalah teknikal dan peralatan yang kurang tahap spesikasi yang diperlukan kekadang menjadi kekangan dalam menyiapkan tugasan sebegini. Walau bagaimanapun saya bersyukur akhirnya tugasan ini dapat mengisi ruang penghargaan buat seorang tokoh Guru Cemerlang yang banyak berjasa lagi berkalibar dalam arena pendidikan.
Saya berharap moga ada ruang dan peluang lagi untuk memperbaiki persembahan ini kelak. Buat pembaca, terima kasih kerana menonton persembahan ini dan sekali lagi terima kasih kerana sudi memberi komen yang amat berguna sama ada di sini atau di FB saya atau di YouTube. Terima kasih.
Harimau pergi meninggalkan belang, manusia pergi meninggalkan nama. Benih yang baik tercampak ke darat menjadi pohon, tercampak ke laut menjadi pulau.
Thursday, October 07, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)