Monday, October 11, 2010

Guru Cemerlang: Azizul Rahman Abdul Rahman

 
Encik Azizul Rahman Abdul Rahman merupakan Guru Cemerlang dan pakar bahasa Melayu JUSA C yang menamatkan perkhidmatannya dengan persaraan wajib pasa 28 September 2010 pada usia 58 tahun. 

Alhamdulillah, saya berpeluang menyediakan persembahan multimedia ini untuknya sempena majlis persaraan beliau. Walau bagaimanapun agak terkilan kerana terpaksa memotong dua slot atas sebab teknikal. Tugasan ini amat penting dan bermakna buat saya namun saya terpaksa berhadapan dengan masalah workstation meragam lagi tiga hari persembahan ini akan dipamerkan. Keadaan menjadi sedikit kelam kabut dan saya sendiri agak panik dengan apa yang berlaku. juruteknik komputer pula masih belum ada pengganti setelah Cik Suhaili berpindah ke Bukit Aman. Cik Suhaili merupakan seorang technician yang bagus dan senang dirunding. Mujurlah ada Encik Afizal MY (Penyelaras Bestari) dan Encik Afizal yang sudi menghulurkan bantuan. Tanpa mereka mungkin kerja saya terus tergendala.

Setelah workstation dapat dibaiki, saya  'on'kan 3 hari 3 malam tanpa tutup sehingga kerja-kerja terakhir disiapkan. Hasilnya mungkin kurang memuaskan (bagi saya). Waktu yang suntuk, bahan yang tidak mencukupi, masalah teknikal dan peralatan yang kurang tahap spesikasi yang diperlukan kekadang menjadi kekangan dalam menyiapkan tugasan sebegini. Walau bagaimanapun saya bersyukur akhirnya tugasan ini dapat mengisi ruang penghargaan buat seorang tokoh Guru Cemerlang yang banyak berjasa lagi berkalibar dalam arena pendidikan.

Saya berharap moga ada ruang dan peluang lagi untuk memperbaiki persembahan ini kelak. Buat pembaca, terima kasih kerana menonton persembahan ini dan sekali lagi terima kasih kerana sudi memberi komen yang amat berguna sama ada di sini atau di FB saya atau di YouTube. Terima kasih.

Harimau pergi  meninggalkan belang, manusia pergi meninggalkan nama. Benih yang baik tercampak ke darat menjadi pohon, tercampak ke laut menjadi pulau.

Thursday, October 07, 2010

Maulidur Rasul 2009

Monday, September 20, 2010

Raya & Exam

Salam lebaran, salam UPSR dan salam PMR buat semua umat Islam dan buat para pelajar yang terlibat dengan peperiksaan tersebut. Semoga semuanya beroleh kejayaan yang diberkati.

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan



Ramadhan menggamit lagi
Sabar ada manisnya
Syukur ada nikmatnya
Selamat berpuasa buat semua
yang bersyahadah
Semoga amalan diberkati.

Monday, August 02, 2010

Pemenang Pertandingan Multimedia

Pertandingan membina bahan menggunakan Power Point dimenangi oleh:

  1. Johan: NURUL AZURA BINTI ABU SAMAH (1PMR4) Jom Pergi Zoo

  2. Naib Johan: FATIN IZZATY BINTI YUSOF (1RK1) Diri Saya

  3. Ke-tiga: NAYLI ATIQAH BT. HJ. MOHD. YUNOS (1PMR1) Keluargaku

  4. saguhati: MOHD NORHAN BIN MOHD SEDEK (2PMR1) Negaraku Malaysia

  5. saguhati: NUR AMIRA ELYANIE BTE SARMAN (2RK1) Permainan Tradisional

  6. saguhati: SITI NURHAFIZAH SHAMSUDIN (2PMR1) Permainan Tradisional

  7. saguhati: NOR FARAIZZATI BT MAZLAN (2RK1) Peace No War

  8. saguhati: NURUMAIRAH BTE MOHD KATIMIN  (1PMR4) Bunga Yang Saya Suka

  9. saguhati: EZZAH SUHANA BINTI SEMAN (2RK2) Myself


Pertandingan Movie Video:
  1. Johan: RAJA FARAH NAJIHA BINTI RAJA IBRAHIM (2PMR2) Memori Tercipta

  2. Naib Johan: SYAHNAZ AD-DIN NAQUIB B. SHUHAIMI (2RK1) Crew of 1RK1 2009



Pertandingan "The Cutest Blog":

  1. Johan: IQBAL HANIS BIN BASTANI  (6B2)  http://livelovelaughstory.blogspot.com/

  2. Naib Johan: ANIS FATIHAH BINTI MAHFODZ @ MAHFOD (3RK1)  http://ans-fthh.blogspot.com

  3. Ke-tiga: MUHAMMAD HAZWAN BIN SHAMSUDDIN (3RK1)  http://hazwankeribo.blogspot.com/

  4. saguhati: FARAH FARHANA BINTI ISMAIL (3RK1) http://ayumitakeuchi.blogspot.com/

  5. saguhati: MUHAMMAD KAMAL HAFIZ BIN AHMED KAMAL KHAIRON (2 RK1) http://www.hafiz-kamal.blogspot.com

  6. saguhati: EZZAH SOFFIA BINTI SEMAN (5SPM1) http://lifeofagreatdreamer.tumblr.com/

  7. saguhati: NOR FARAIZZATI BT MAZLAN (2RK1) http://www.faraizati.blogspot.com/

  8. saguhati: LAILATUL SYUHADA BT KAMAL (2RK1) http://lailatul24.blogspot.com/

  9. saguhati: SITI NUR AFIQAH BINTI ZAIDI (2RK1) blogakue.blogspot.com


Pemenang Blog Guru/Staf:
  1. Johan: TUSIAH RUKIMAN http://guruveteran.blogspot.com

  2. Naib Johan: NORAINI MOHD.ARIPIN http://mutiarahatiee.blogspot.com/

  3. Ke-Tiga: MOHD. HAILMY JOMAAT http://cheeguskolah.blogspot.com

Wednesday, June 30, 2010

Pertandingan Multimedia Sengit

Banyak juga penyertaan untuk pertandingan Multimedia yang baru sahaja tamat tempohnya itu. Beberapa hari berkelip-kelip mata menilainya bersama panel penilai. Jenuh juga memilih pemenang kerana kreativiti para pelajar diluar jangkaan. Namun, banyak juga yang masih di peringkat sederhana dan boleh dipertingkatkan lagi persembahannya.

Apapun tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menyertai pertandingan ini. Jika tidak menangpun, sekurang-kurangnya kalian dah mencuba yang terbaik. Bagi yang berjaya, tahniah sekali lagi diucapkan. Hasil kerja para pemenang unggul dan pemenang saguhati akan ditayangkan pada pagi Sabtu, 3 Julai 2010, selepas majlis perasmian hari GERKO. Tunggu dan lihat siapa punya yang masuk pencalonan nanti. Tayangan dibuat di dewan Bestari, SMKDS. Ia meliputi persembahan power point, cutest blog dan movie video. Sesiapa yang ingin mengetahuinya, dipersilakan hadir pada sesi tayangan itu nanti.

Walau bagaimanapun, hadiah hanya akan disampaikan pada minggu berikutnya sewaktu perhimpunan pagi Isnin. Demikian adalah menurut arahan pihak yang bertanggungjawab terhadap pertandingan tersebut. Justeru kedudukan pemenang sebenar hanya akan diumumkan pada waktu berkenaan. Saya memohon maaf atas pindaan ini.

Selamat berjaya. Selamat menerima hadiah dan tahniah atas kesungguhan anda semua.

Try a new experience. Venture a new life. Life will always exciting.

Monday, June 21, 2010

Masih Boleh Hantar Pertandingan Multimedia

Assalamualaikum dan hello para pelajarku yang comel-comel belaka.

Nak tahu berita baik? Mengenai pertandingan multimedia... saya faham situasi para pelajar semua... baru habis exam, baru naik cuti. So, minggu ini last untuk hantar hasil kerja. Sama ada pertandingan power point, cutest blog atau pertandingan menghasilkan video, semuanya boleh dihantar lagi sehingga hari Jumaat ini (25 Jun 2010) sebelum 12.30 tengahari. Hantar ke email saya (ayudarlu@gmail.com) lebih baik berbanding by hand. Tapi kalau tak boleh, apa nak buat. Saya terima juga by hand. Boleh juga hantar pada cikgu Nurul Liyana (by hand).

Good luck to all of you. Thank you for participating.

Tuesday, May 25, 2010

Dikir Barat Hari Guru SMKDS

Wednesday, May 05, 2010

Pertandingan Membina Windows Movie Video (WMV)

PERTANDINGAN MEMBINA WINDOWS MOVIE VIDEO (WMV)

Syarat Penyertaan:

1. Pertandingan WMV ini terbuka kepada semua warga sekolah sama ada para pelajar, guru-guru atau staf bukan guru.
2. Tajuk ditulis di slide pertama.
3. Nama Fotografer dan nama Sinematografer ditulis di slide kedua akhir. Boleh menggunakan nama kreatif.
4. Slide terakhir hendaklah ditulis “SMK Dato’ Sulaiman Dalam Kenangan”.
5. Kandungan bahan merupakan gambar-gambar (still picture) atau video (movie) mengenai peristiwa sekolah, aktiviti kelab, persatuan, badan beruniform dan lain-lain aktiviti di sekolah.
6. Pastikan hanya foto, grafik dan video yang sesuai dan sopan sahaja yang dimasukkan. Gambar-gambar candid boleh dimasukkan jika menepati kesesuaian, kesopanan dan kewajaran.
7. Gaya persembahan adalah bebas. Namun, unsur-unsur tambahan seperti teks, effect, bunyi, suara latar (voice over) pergerakan dan lain-lain yang bersesuaian dan diolah secara kreatif akan meningkatkan kualiti persembahan.
8. Setiap persembahan mestilah tidak melebihi 8 minit.
9. Karya mestilah asli dan ciptaan sendiri. Sekiranya didapati karya mengandungi unsur ciplak maka penyertaan akan dibatalkan.
10. Hasil karya hendaklah dihantar kepada panel penilai sebelum 20 Jun 2010.
11. WMV yang menang dan sesuai akan dimasukkan dalam blog sekolah http://smkdatosulaiman.wordpress.com/   

Segala kemusykilan berkaitan ketiga-tiga pertandingan di atas hendaklah dirujuk kepada panel penilai atau berhubung terus dengan Puan Ayu Darlu (019-7665507) / ayudarlu@gmail.com dengan dituliskan subjek/perkara; “Pertandingan 2010”.

Pertandingan "Cutest Blog"

Kakitangan dan pelajar-pelajar SMK Dato' Sulaiman yang berminat untuk mempertaruhkan blog mereka dalam pertandingan "Cutest Blog", sila baca syarat pertandingan berikut.

PERTANDINGAN “CUTEST BLOG”

Syarat Penyertaan:

1. Pertandingan membina blog dibahagikan kepada 2 kategori:
  1. Pelajar 
  2. Guru dan Staf
    2. Blog boleh dibina dengan blogspot, wordpress, eweb dan lain-lain.
    3. Memohon nasihat, cadangan dan tunjuk ajar untuk membina blog dibenarkan TETAPI Blog mestilah HASIL CIPTA SENDIRI.
    4. Blog yang dipertandingkan mestilah dihantar alamatnya (URL blog: http://..........................) kepada Puan Ayu Darlu di ayudarlu@gmail.com dengan menulis subjek/perkara; “Pertandingan Cutest Blog 2010”. Maklumat berikut mestilah dituliskan sekali:
    1. Nama
    2. Nombor Kad Pengenalan
    3. Kategori
    4. Tingkatan
      5. Penilaian akan dibuat antara 18-20 Jun 2010 secara online.
      6. Keputusan panel penilai adalah muktamad.

      Pertandingan Membina Bahan Menggunakan Power Point 2010

      Pelajar-pelajar ICTL SMK Dato' Sulaiman dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini dengan syarat-syarat berikut.

      PERTANDINGAN MEMBINA BAHAN MENGGUNAKAN PERISIAN POWER POINT

      Syarat Penyertaan:

      1. Terbuka kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja.
      2. Boleh menggunakan perisian Power Point 2003 atau 2007.
      3. Nama, tingkatan dan tajuk ditulis di slide pertama.
      4. Minimum 10 slide dan maksimum 15 slide.
      5. Karya mestilah asli dan ciptaan sendiri. Sekiranya didapati karya mengandungi unsur ciplak maka penyertaan akan dibatalkan.
      6. Kandungan bahan boleh dipilih meliputi aspek seperti berikut:
      i. bahan pelajaran
      ii. tentang diri sendiri
      iii. bebas (bersyarat; kemukakan tajuk kepada panel terlebih dahulu).
      7. Penilaian berdasarkan kebijaksanaan menggunakan tool-tool power point dengan mengambil kira kekemasan, kesesuaian dan daya kreativiti.
      8. Elemen-elemen lain seperti gambar, video, muzik, audio dan lain-lain yang bersesuaian boleh dimasukkan.
      9. Masa persembahan tidak melebihi 10 minit.
      10. Persembahan dihantar dalam bentuk CD kepada panel penilai dan email kepada ayudarlu@gmail.com dengan menulis subjek/perkara; “Pertandingan Power Point 2010”.
      11. Persembahan hendaklah dihantar sebelum 15 Jun 2010.

      Tuesday, April 13, 2010

      Kursus Pendigitalan Bahan

      Kursus pendigitalan bahan untuk guru-guru Perpustakaan dan Media, zon Parit Sulong, telah diadakan pada hari ini, 13 April 2010 di PKG Tongkang Pechah. PKG ini terletak di SK Bandar, Batu Pahat. Kursus ini telah disampaikan oleh PKG zon Tongkang Pechah, Encik Zabidi Sukuan. Antara Penyelaras PKG yang hadir ialah Encik Ali dan Encik Tri Henri. Antara kandungan kursus ialah iNilam, pendigitalan bahan dan zoom A (sekolah rendah). Seramai 15 orang guru Perpustakaan & Media hadir di kursus ini.  Seorang juruteknik komputer (zon Tongkang Pechah) telah membantu menjayakan kursus ini. Kursus berlangsung selama satu hari dengan jayanya.

      Wednesday, March 24, 2010

      Mencarai Arah Dalam Perakaunan

      Keputusan SPM belum sebulan diumumkan. Ramai pelajar telah dan sedang mengisi pelbagai permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minati.

      Ramai juga yang berminat dalam bidang perakaunan dan sedang mencari arah dalam bidang berkenaan. Perlu difahami bahawa untuk memasuki bidang ini boleh dengan dua cara iaitu melalui sijil perakaunan biasa dan satu lagi dengan mengambil sijil profesional perakaunan. Sijil profesional seperti CAT, ACCA, CIMA... Dengar khabar akauntan yang memiliki sijil profesional lebih laku dalam pasaran kerjaya perakaunan. Walau bagaimanapun semua pengambilannya akan melalui saringan interview terlebih dahulu. Wallahu A'lam, tanyalah yang lebih tahu.  Jika anda berminat dalam bidang perakaunan, ini ada beberapa cadangan.

      1. Diploma Perakaunan } Degree Akaun 3+3=6 thn.
      2. CAT } ACCA (kebanyakan kolej swasta dan Uitm/KPTM) 1 1/2+3= 4 1/2 thn. (profesional)
      3. Fast Track Akaun (Uitm) 2+2 1/2= 4 1/2 thn

      Itu gambaran kasar laluan nak jadi akauntan. Mungkin ia boleh menjadi lebih pendek atau lebih panjang lagi mengikut tahap dan kelajuan seseorang individu pelajar dan mengikut universiti masing-masing.

      Untuk memohon Dip. Akaun boleh melalui UPU. Untuk memohon terus ke Uitm boleh klik http://online.uitm.edu.my/ . Tarikh tamat memohon CAT Uitm adalah 12 April 2010.  Pilihlah yang sesuai dengan minat dan kebolehan anda.

      Selamat mencuba. Semoga berjaya.

      Tuesday, March 09, 2010

      Menerima Pelawat Penting

      Setelah beberapa hari bertungkus lumus menyiapkan beberapa perkara penting untuk Pusat Sumber, hari ini berlangsunglah pemantauan Pusat Sumber Sekolah oleh wakil BTP iaitu Encik Ridzuan (PKG Bagan).

      Secara keseluruhannya semua berjalan lancar dalam masa hampir dua jam setengah pemantauan, bermula pada jam 9.30 pagi. Istimewanya Encik Ridzuan memang seorang yang sangat teliti, cermat, halus memiliki kebolehan dalam designing. Banyak komen membina yang sangat berguna daripadanya untuk meningkatkan lagi prestasi Pusat Sumber sekolah ini. Saya sendiri banyak belajar daripadanya. Antaranya tentang rancangan kewangan, dokumentasi, susun atur dan padanan serta pengurusan aset. Apapun saya sangat bersyukur dibantu oleh rakan-rakan guru yang kreatif, ringan tulang dan rajin seperti Puan Rosmawati, Puan Zalina, Puan Rasna, Puan Hairuhana, Cik Mazliana dan Cik Salbiah. Rakan-rakan lain juga terlibat menyumbang secara tak langsung termasuk tukang sapu. Para Pengawas Perpustakaan juga tidak terkecuali membantu seperti Nisa', Mai dan lain-lain.

      Pendek kata, saya kagum dengan kerjasama semua yang terlibat walaupun namanya tidak tertulis di sini. Mudah-mudahan ada ganjaran baik dari Tuhan untuk kalian semua, tidak nampak di mata, namun dapat dirasa di hati.

      Semakin banyak usaha yang kita buat untuk sesuatu (unit/kerjaya/orang/....), maka semakin kita menyayanginya kerana kita sahaja yang merasa penat lelah dan susah payah membinanya. Pahit manis itu menjadi milik orang yang mengusahakannya.

      Tuesday, February 02, 2010

      Nak jadi doktor?

      Menjadi guru bererti bertemu dan membimbing pelajar. Di situlah tersisipnya keseronokan dan kepuasan sebagai seorang guru. Hari ini sempatku bertemu dan berbual dengan dua orang pelajar dari aliran Sains Tulen yang mengimpikan bidang perubatan di peringkat pengajian tinggi nanti. Wow! Sama macam impianku dulu-dulu (yang tidak kesampaian).

      Bagus impian tu. Namun ini hakikatnya; hanya pelajar dengan pointer 4.0 (biasanya)  yang mempunyai masa depan cerah untuk ke jurusan perubatan atau senang cerita untuk menjadi seorang doktor. Oleh itu, nasihatku kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah luar bandar yang masih menggenggam impian tersebut:
      1. Gunakan masa cuti selepas PMR untuk membaca buku-buku tingkatan 4 sebagai persediaan awal. 
      2. Baca topik yang akan dipelajari sebelum topik tersebut diajar di dalam kelas oleh guru.
      3. Dengar penerangan guru dengan teliti. Fahami konsep yang dipelajari sedalam yang mungkin.
      4. Bila habis kelas, baca semula topik tersebut (ulangkaji).
      5. Buat nota panjang, sederhana, pendek dan sebagainya mengikut kesesuaian anda.
      6. Buat latihan, cabar diri dengan soalan-soalan yang mudah, sederhana, susah dan mencabar.
      7. Banyak merujuk dari pelbagai buku atau sumber.
      8. Tanya jika ada kemusykilan dengan segera. Jangan simpan masalah, ia akan bertimbun dan akhirnya tidak diselesaikan.
      9. Jadikan pelajar-pelajar di sekolah cemerlang sebagai saingan kerana di sekolah anda, andalah yang terbaik. Jadi rakan sekelas anda bukan saingan anda.
      10. Jadikan rakan sekelas anda sebagai rakan-rakan yang patut anda bantu untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi mereka. Justeru anda perlu cuba menjadi the best untuk  membantu mereka. Ambil peluang untuk membantu rakan anda; berkongsi kefahaman anda dengan mereka, terangkan kepada mereka apa yang anda faham. Usah kedekut ilmu. Lagi banyak anda berkongsi ilmu lagi mantap ilmu terdebut dalam diri anda. 
      11. Bersedia untuk membuat banyak hafalan. 
      12. Sedia untuk berdikari dalam banyak hal. Jangan tunggu spoonfeed dari cikgu semata-mata.
      13. Berusaha dengan rajin, tekun, bersungguh-sungguh.
      14. Fokus kepada sasaran/target dan abaikan sampah sarap (perkara yang tidak penting dan tiada kaitan dengan anda) yang banyak bertebaran di sekeliling anda.
      15. Urus hidup, masa, study dan masalah anda dengan bijak.
      16. Bersedia untuk mencipta 10A flat (SPM) sebelum mensasarkan 4 flat. Jika anda mampu, bererti anda akan mampu mencapai 4 flat, seterusnya impan anda untuk masuk ke bidang  kedoktoran semakin menjadi nyata.
      Ini cuma panduan ringkas. Tak lengkap pun. Elok browse pelbagai sumber lagi. Gunakan internet untuk tujuan tersebut atau jumpa orang yang sudah berpengalaman in person. Baru real. Hope your dream comes true! Hatiku puas dapat berkongsi dengan kedua-dua pelajar tersebut. Lebih puas lagi jika impian mereka tercapai, biarpun impianku ke arah itu terpaksa dikuburkan. Hmm.

      A dream becomes a goal when action is taken toward its achievement.


      Wednesday, January 27, 2010

      Cara Membuat Belian Dengan Peruntukan Kerajaan (Di sekolah)

      Beberapa prosedur dalam membeli barangan menggunakan peruntukan kerajaan (di sekolah) perlu dipatuhi:

      1. Mengisi nota pinta dan diluluskan oleh Pengetua.
      2. Memilih, berunding dengan pembekal serta membuat pesanan.
      3. Mengisi LO atau borang pesanan dalam 3 salinan.
      4. Menerima barang yang dipesan dan direkod ke dalam buku stok. Satu salinan LO disimpan di pejabat, dua untuk disahkan oleh pembekal dan satu daripadanya perlu dikembalikan ke pejabat.
      5. Cek dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh LO diterima semula ke pejabat.

      Semoga memberi sedikit panduan.

      Saturday, January 23, 2010

      Majlis Pelancaran Nilam


      Pengetua menyampaikan buku Nilam kepada wakil guru Nilam, 
      Cik Maidah, sebagai simbol pelancaran Nilam. 

      Masuk minggu ke-2 persekolahan, 11 Januari 2010, terus diadakan majlis Pelancaran Nilam peringkat sekolah. Memang dah termaktub dalam takwim sekolah 2010. Maka dengan ringkasnya aku bersama team Nilam melaksanakan program tersebut. Tak banyak acara dibuat melainkan nyanyian lagu Membaca, ucapan GM dan ucapan Pengetua serta pelancaran oleh Pengetua.


      Yang istimewanya semua pelajar dan guru turut berdiri dan menyanyikan lagu Membaca bersama-sama. Suatu yang di luar jangkaan sebenarnya. Tapi bila Pengetua dah bangun, semua turut bangun. Macam nak nyanyi lagu Negaraku. Yang dalam plan ialah semua akan menerima senikata lagu dan para pelajar tingkatan 4 telah dilatih menyanyikan lagu tersebut semasa minggu orientasi minggu lepas. Suara merekalah yang dijangka akan menggamatkan dewan dengan lagu tersebut. Sekumpulan pelajar pula telah dipilih untuk menjadi suara utama yang dipimpin oleh Saudara Shahrul Ezwan. Rupannya semua bersemangat menggamatkan dewan  dengan lagu tersebut. Mungkin dah biasa dengar di TV1@TV2 agaknya.

      Apapun terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut terutama team Nilam, semua pelajar dan guru SMKDS. Guyup bermula.

      I've traveled the world twice over,
      Met the famous; saints and sinners,
      Poets and artists, kings and queens,
      Old stars and hopeful beginners,
      I've been where no-one's been before,
      Learned secrets from writers and cooks
      All with one library ticket
      To the wonderful world of books.
      ~ Anonymous ~

      Monday, January 04, 2010

      First school week of 2010

      Today is my first working day officially, feeling excited but there are lots more to do. My first week tasks:

      1. Monday - Check-up library system. Decide the personnel to in-charge and how to deal with it.
      2. Tuesday - Talk about PSS to form 4 students.
      3. Wednesday - Notes for launching NILAM next week. / Dealing with PC vendor.
      4. Thursday - Power Point presentation about PSS.
      5. Friday -Diagnose the  problems causing error for certain books in the library.
      6. Saturday - Briefing to Library and Nilam teachers (9.00am)

      Hope everything goes smoothly.