Wednesday, March 24, 2010
Keputusan SPM belum sebulan diumumkan. Ramai pelajar telah dan sedang mengisi pelbagai permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minati.
Ramai juga yang berminat dalam bidang perakaunan dan sedang mencari arah dalam bidang berkenaan. Perlu difahami bahawa untuk memasuki bidang ini boleh dengan dua cara iaitu melalui sijil perakaunan biasa dan satu lagi dengan mengambil sijil profesional perakaunan. Sijil profesional seperti CAT, ACCA, CIMA... Dengar khabar akauntan yang memiliki sijil profesional lebih laku dalam pasaran kerjaya perakaunan. Walau bagaimanapun semua pengambilannya akan melalui saringan interview terlebih dahulu. Wallahu A'lam, tanyalah yang lebih tahu. Jika anda berminat dalam bidang perakaunan, ini ada beberapa cadangan.
1. Diploma Perakaunan } Degree Akaun 3+3=6 thn.
2. CAT } ACCA (kebanyakan kolej swasta dan Uitm/KPTM) 1 1/2+3= 4 1/2 thn. (profesional)
3. Fast Track Akaun (Uitm) 2+2 1/2= 4 1/2 thn
Itu gambaran kasar laluan nak jadi akauntan. Mungkin ia boleh menjadi lebih pendek atau lebih panjang lagi mengikut tahap dan kelajuan seseorang individu pelajar dan mengikut universiti masing-masing.
Untuk memohon Dip. Akaun boleh melalui UPU. Untuk memohon terus ke Uitm boleh klik http://online.uitm.edu.my/ . Tarikh tamat memohon CAT Uitm adalah 12 April 2010. Pilihlah yang sesuai dengan minat dan kebolehan anda.
Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Tuesday, March 09, 2010
Setelah beberapa hari bertungkus lumus menyiapkan beberapa perkara penting untuk Pusat Sumber, hari ini berlangsunglah pemantauan Pusat Sumber Sekolah oleh wakil BTP iaitu Encik Ridzuan (PKG Bagan).
Secara keseluruhannya semua berjalan lancar dalam masa hampir dua jam setengah pemantauan, bermula pada jam 9.30 pagi. Istimewanya Encik Ridzuan memang seorang yang sangat teliti, cermat, halus memiliki kebolehan dalam designing. Banyak komen membina yang sangat berguna daripadanya untuk meningkatkan lagi prestasi Pusat Sumber sekolah ini. Saya sendiri banyak belajar daripadanya. Antaranya tentang rancangan kewangan, dokumentasi, susun atur dan padanan serta pengurusan aset. Apapun saya sangat bersyukur dibantu oleh rakan-rakan guru yang kreatif, ringan tulang dan rajin seperti Puan Rosmawati, Puan Zalina, Puan Rasna, Puan Hairuhana, Cik Mazliana dan Cik Salbiah. Rakan-rakan lain juga terlibat menyumbang secara tak langsung termasuk tukang sapu. Para Pengawas Perpustakaan juga tidak terkecuali membantu seperti Nisa', Mai dan lain-lain.
Pendek kata, saya kagum dengan kerjasama semua yang terlibat walaupun namanya tidak tertulis di sini. Mudah-mudahan ada ganjaran baik dari Tuhan untuk kalian semua, tidak nampak di mata, namun dapat dirasa di hati.

Semakin banyak usaha yang kita buat untuk sesuatu (unit/kerjaya/orang/....), maka semakin kita menyayanginya kerana kita sahaja yang merasa penat lelah dan susah payah membinanya. Pahit manis itu menjadi milik orang yang mengusahakannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)