Wednesday, December 09, 2009

Blog menarik dari peserta Bengkel Blogging.

Melalui bengkel blogging yang singkat ini, aku tidak fikir sempat mengajar peserta bengkel untuk mengubah layout dengan aplikasi yang lebih rumit melainkan semuanya yang basic sahaja. Namun, jangkaanku meleset apabila terdapat seorang peserta (bukan junior tapi senior) yang begitu bersemangat dan tekun sekali mengolah blognya sehingga mampu mengubah layout blognya menjadi lebih menarik.

Beliau ialah Puan Tusiah. Semalam dia hadir bersama blognya yang telah diubah menjadi lebih cantik dengan pilihan free template dari cahayabiru. Katanya anaknya yang membantunya. Tak kisahlah, apapun caranya. Yang penting dia ada inisiatif untuk menambahbaik lagi blog yang baru dipelajari dan dibinanya itu.

Sebelum ini aku menggunakan free template dari thecutestblogontheblock.com atau pyzam.com atau createblog.com. Selalunya anak-anaklah yang menjadi teman berkongsi eksplore.  Kini bertambah satu lagi ekslporasiku di cahayabiru.com. Aku berterimakasih kepada Puan Tusiah dan anaknya yang memberiku maklumat mengenainya. Di samping mengajar, banyak juga yang boleh dipelajari daripada peserta-peserta bengkel yang sedang belajar. Sekurang-kurangnya mereka mencetuskan sesuatu untuk difikirkan.

Sekembalinya aku ke rumah, aku mencubanya pula. Not bad. Ada yang aku berkenan dan paparan blog inilah hasilnya. Namun, satu yang aku tak puas hati.... selagi belum berjumpa cara bagaimana untuk menambah gadjet dalam profile/panel kanan, selagi itu aku cari jawapannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

0 comments:

Post a Comment