Saturday, December 12, 2009
Bersama Cik Suhaili (Juruteknik Komputer) selaku Fasilitator.
Antara yang setia hingga ke akhir bengkel.
Menerima sumbangsih daripada wakil peserta bengkel, Puan Tusiah
Cik Suhaili juga menerima buah tangan daripada para peserta bengkel.
Para peserta (pelajar-pelajar dewasaku) itu begitu ingin tahu dan begitu tekun mempelajari sesuatu yang ditunjukkan. Aku sangat kagum dengan mereka. Sesungguhnya usia bukan penghalang untuk belajar, berusaha apatahlagi berjaya. Hanya hati sahaja yang mahu atau tidak. Ibarat kata pepatah; di mana ada kemahuan maka di situ ada jalan. Pintu akan terbuka di saat kemahuan berada di puncaknya. Maka satu demi satu tersingkaplah rahsia internet (gmail + blogging) yang selama ini menjadi persoalan dalam fikiran mereka. Bukanlah semua aku tahu, bukan juga dapat kuajarkan semua yang aku tahu, namun sekurang-kurangnya dapatku berkongsi secebis ilmu dengan mereka yang memerlukannya. Terasa seronok dan puas dengan perkongsian ini.
Seorang peserta berkata, "Makin nak habis belajar makin banyak lagi nak tahu."
Lagi ada yang kata, "Terima kasih ajar kami. Lepas belajar ni, terasa terbuka fikiran ini. Luas rasanya dunia ini."
Bermacam lagi yang tak mampu kutulis di sini.
Jauh dari itu, aku juga dapat belajar sesuatu dari setiap peserta. Setiap mereka adalah bermakna untukku. Aku amat menghargainya. Biarpun bengkel ini sudah berakhir namun aku bersedia menerima apa juga kemusykilan mereka berkaitan apa yang telah kuajarkan selepas ini. Tanyalah. Jika dapat kujawab, aku akan menjawabnya. Jika tidak, aku minta tangguh untuk study terlebih dahulu, atau terpaksa berkata ilmuku tidak sampai ke situ. Prinsipku mudah; akan membantu jika aku mampu, jika tidak mampu, aku mohon maaf banyak-banyak.
Akhir kata, aku mohon ampun dan maaf kepada semua peserta bengkel Komputer-Internet 2009 jika apa yang kuajarkan tidak memenuhi citarasa, atau ada kata-kataku yang menyinggung hati kalian, terkasar bahasa, tidak sempurna tunjuk ajar dan sebagainya. Sesungguhnya aku insan biasa yang jauh dari sempurna. Hanya Tuhan yang bersifat Maha Sempurna. Apapun aku sangat gembira dapat bertemu kalian dalam satu pertemuan ilmu yang paling manis dan paling indah dalam sejarah kerjayaku sebagai seorang Guru Media.
Kejayaan bukan milik sesiapa melainkan milik mereka yang mahu, berusaha dan konsisten.
Apabila hati tersentuh, bererti sesuatu itu telah berkesan di sanubari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




.jpg)
3 comments:
Bengkel seperti ini sememangnya boleh membantu mereka yang masih memerlukan panduan dan tunjuk ajar mengenai aplikasi internet terutama email dan blogging.
Dengan mengajar, kita sebenarnya belajar. Sebab itulah kefahaman mengenai sesuatu menjadi semakin mantap, hanya dengan memberitahu/mengajar/membantu orang lain.
Baktimu menjagi kenangan sepanjang hayat, jasamu pencetus perubahan di alam maya.
Post a Comment